Assalamu’alaikum w.b.t…
Alhamdulillah..puji-pujian dipanjatkn ke atas Nabi besar kita Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga serta sahabat baginda yang sentiasa berada di barisan depan dalam mempertaruhkan nyawa utk Rasulullah s.a.w.
Setelah sekian lama, sekali lagi terdetik hati utk berkongsi sedikit ilmu yg saya peroleh
dari majlis ilmu dari negeri tercinta saya Negeri Serambi Mekah; Kelantan Darul Naim..
Sesungguhnya berada dalam majlis ilmu itu seolah-olah berada dalam salah satu taman drpd taman2 syurga…Alhamdulillah..
Islam itu agama yg cukup indah dan cantik dari segi luaran hinggalah dalaman..Agama yg paling mulia di sisi Allah ialah Islam..kadang2 benda yg dikongsikan dalam majlis ilmu adalah ulangan tetapi inilah keindahan Islam, kita sesama saudara saling mengingati antara satu sama lain…dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu amat berguna untuk setiap mukmin…
Sedikit perkongsian drpd sy pada kali ini ialah mengenai ‘ Mati Rasa’…sebagai insan biasa kita sentiasa diingatkan tentang mati…setiap yg bernyawa pasti merasai mati dn sesungguhnya kita semua akan diadili oleh Allah S.W.T. pada hari Yaumul Deen (Hari Pembalasan ) kelak…inilah salah satu dari rukun iman yang wajib bagi setiap muslim imani…Sesungguhnya orang yg paling cerdik ialah orang yg sentiasa memikirkan kematian…
Kenapa??orang fikir mati bijak..tidakkah tanggapan ini seolah2 mengatakan Islam itu jumud dan tidak menggalakkan pembangunan ke atas umatnya..
Berbalik kepada mati rasa…antara penyakit yg paling bahaya…kenapa? Inilah penyakit yg pesakitnya kurang menyedari yg ia menghidapi penyakit tersebut...
Ingin saya beritahu dn kongsikan macam mana caranya utk mengenal pasti sama ada kita menghidap penyakit ‘ Mati Rasa’ ...cuba sahabat2 rujuk2 surah An-Anfal: 2-4
“ Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannyadan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal, iaitu orang2 yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang2 yang benar2 beriman. Mereka akan memperoleh darjat tinggi di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki nikmat yang mulia..”
Mcm mana dengan sahabat sekalian..apa kata hati kita...adakah terdetik atau terasa..inilah ayat yang boleh mendiagnosekn diri kita sama ada kita punya penyakit berbahaya ini ataupun tidak...
Al-Marhum Dr. Fathi Yakan pernah mengingatkan kita semua dengan Sampan Penyelamat..dn Islam adalah sampannya...maka ayuhlah sama2 kita berkongsi sampan yang sama..
Sebagai hamba yang senantiasa mujahadah mengikut segala perintahNya,kita perlulah berpegang pada Al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai ikutan yang wajib bagi kita..
Analoginya cukup mudah...sebelum seseorang pergi haji, dia pasti perlu mengikuti Kursus Haji drpd Tabung Haji...begitu juga dgn Ajaran Islam..kursusnya telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dn kita perlulah bermujahadah mengikut sunnahNya..kerana melalui apa yg disampaikan akan mencerminkan keadaan yang sebenar pada Hari Kebangkitan kelak..semua ajaran Baginda akan diguna pakai oleh kita utk mempersiapkan diri kita..
Al-Marhum Hassan al-Basri pernah mengatakan, “ Orang2 dahulu menganggap Al-Qur’an itu surat kiriman rasmi daripada Allah, mereka mentadabbur pada waktu malam dan melaksanakan pada siang harinya” dn diceritakan daripada seorang ustaz lagi..yang perlu bagi kita ialah menjadi abid pada malamnya dan panglima pada siang harinya...
Seperti mana kita takut dengan surat amaran dari pihak makhamah..selayaknya kita meletakkan rasa gerun dan takut teramat akan surat daripada Allah dan telah dizahirkan oleh Rasulullah s.a.w...sebagai seorang MUSLIM kita wajib beriman kpd Allah dan Rasul...dan Rasulullah seperti yang kita tahu telah digelar al-Amin dan amaran Allah perlu diambil serius oleh kita semua...INGAT....janji Allah dan Rasul adalah KEPASTIAN dan tiada penafian...
Kita sering bercakap berkaitan ibu,ayah,adik-beradik dan saudara yang paling rapat dengan kita...bila nama Ibu dan Ayah disebut..kita mula tertunduk dan merendah diri dan ikut segala kata2 mereka...Bagus ini sikap yg patut dipuji...Alhamdulillah...
Kita ada kena mengena dengan perempuan itu...ya...dia ibu kita...TETAPI...apa kaitannya ALLAH dengan KITA...jawapan standard hamba, ustaz! Ustaz mula melontarkan satu soalan lagi bagi menjawab persoalan sebelum itu...Benda apa dalam dunia ini yang kita buat tak ada kaitan dengan Allah...tertunduk...mula berfikir...aah...payahnya..Islam itu ad-deen...ya pasti..tak ada...muktamad...jadi kaitan Allah dengan kita adalah 100% berbeza dengan saudara mara kita kerana tidak semua benda dalam dunia ini ada kaitan dengan mereka...
Tapi mengapa sahabat sekalian..kita hanya memberikan 4-5% kepada Allah...perkara si isteri paling bimbang ialah poligami dan benda yang dibimbangi suami ialah isterinya menduakannya...jadi Allah lebih layak utk mempunyai rasa cemburu..kerana DIAlah yang telah menyediakan semua nikmat di muka bumi ini...tetapi kitalah yang berlaku zalim kepada Allah...
Kalimah Tauhid Lailahaillallah..sangat mahal balasannya..lebih besar nilainya dari seisi langit dan bumi..Subhanallah..kalimah tauhid ini perlu difahami dengan sepenuh hati oleh kita semua...Tiada Illah melainkan berpusatkan Allah semata-mata..Illah kebiasaannya kita menyebut sebagai berhala..tapi pernah tak kita terfikir kenapa berhala yang digunakan sedangkan berhala sudah tidak disembah oleh umat Islam pada zaman sekarang...perkara inilah yang perlu diteliti...jawapan ustaz..ialah penggunaan perkataan berhala ialah ber dipisahkan drpd perkataan asal berhala..maka wujudlah ‘ber’ dan ‘hala’...maknanya perhatian dan pengabdian diri kita bertumpukan kpd sesuatu benda yang lain selain Allah...owh...begitu rupanya...inilah dikhuatiri syirik..iaitu menduakan Allah..perbahasan para ulama telah mengkategorikan berhala itu kepada dua iaitu berhala yang ada lembaga iaitu orang perseorangan-kita sering memujanya dan berhala yg tidak punya lembaga iaitu kekayaan di dunia...inilah berhala pada zaman ini...sebab itulah kita perlu sedar bahaya akan pemujaan pada sesuatu benda atau orang perseorangan...
Mini syirik dan syirik nasional perlu segera dijauhi kerana dosa syirik jelas tidak diampunkan Allah S.W.T....Kita perlu memberikan segala hak2 Allah yang sepatutnya...
Allah yang telah mengadakan daripada tak ada kepada ada...analoginya..
5, adanya 5 mesti wujudnya 4, dan ada 4 kerana 3, 3 kerana adanya 2, 2 kerana 1..tapi adanya satu kerana....bukan kosong tapi satu itu sudah sedia wujud...kerana kosong bermakna tiada..dan logiknya cukup mudah macam mana benda yang tak ada nak mengadakan benda yang ada iaitu 1..secara teorinya 1 itu sudah sedia wujud bertepatan dengan sifat Allah iaitu Qadim...
Ada 2 orang kawan..si A lebih kaya daripada si B, pada suatu hari...si B datang ke rumah si A, Si B masuk ke halaman rumah si A dan terus terpegun dan terkesima dengan kecantikan dan susun atur perhiasan di rumah si A...si A terus terduduk tanpa disapa oleh si B yang asyik memuji perhiasan rumah si A...si A merasa hairan dengan sikap si B kerana si A merasakan dia yang sepatutnya diberi perhatian kerana dialah empunya kepada semua harta itu...inilah logik akal...kita sentiasa memuja dan memuji benda dan individu disekeliling kita tetapi kita sangat alpa dalam menilai siapa Pencipta kepada semua kejadian ini...MashaAllah..jauhkanlah kami daripada sikap alpa dan lalai ini...ya Alim ya Hakim...
Inilah lumrah manusia sentiasa disibukkan dengan duniawi hingga kabur akan ukhrawi..
Sifat Hakim Allah yang membawa makna Maha Bijaksana perlulah dimiliki oleh semua hambanya yang muslim...kita perlu menjadi BIJAKSANA..BIJAK sampai sana..iaitu berfikir dan mempunyai perancangan hinggalah kita dihisab dan diberikan ganjaran syurga Firdaus..BIJAKSINI..bermakna kita kurang cerdik dalam berfikir dan menilai kerana kita hanya bijak di sini iaitu di dunia tetapi belum tentu di Hari Akhirat kelak...belajarlah kita menjadi orang yang BIJAKSANA...jooooom...
Jaga2 hati kita daripada menghidap penyakit MATI RASA kerana penyakit ini membuatkan kita alpa dan lupa akan dari mana kita datang, tujuan kita datang dan mana penamat kita...
Ya Allah Ya Rahman ya Rahim ya Alim Ya Hakim...lindungilah kami dari sikap alpa,lalai dan lupa akan kebesaran dan keagunganMu ya Rabb Tuhan Pemerintah sekalian alam....
* Perkongsian ilmu daripada majlis ilmu Ustaz Mohammad bin Mustafa dan Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan seorang lagi ustaz...
- ini adalah adunan kuliah daripada tiga ustaz yg sy rasa bertemakan maqasid yang sama
- sekadar perkongsian dari diri yang sentiasa dahagakan ilmu...
Alhamdulillah. syukran atas perkongsian. minta share ahmad mukhlis.
ReplyDelete