Assalamu'alaikum, sahabat sekalian yg masih punya cinta akan Allah S.W.T. dan Rasulullah s.a.w.
~ Alhamdulillah dpt lagi ana berkongsi ilmu- didiklah diri kita ini mencintai dan rindu utk berada dalam majlis zikrullah
dosa vs pahala- neraka vs syurga... apalah ustaz2 skrg ni...bila buka mulut mulalah nak cakap dosa,pahala,neraka, syurga... benda ni xada la skrg ni-mana org nak percaya...mcm mana jgn harap ISLAM tu nak maju...sbb tu la ISLAM ketinggalan...
Astaghfirullah...mungkin ada yg dah biasa dengar dan belum lg..tapi percayalah di luar sana ada golongan ini..
Wahai saudara seagama--ISLAMlah orang ISLAM!!! inilah akibatnya ilmu xcukup tapi dah terasa besar nak melawan ahli agama..-berhati-hatilah apa yg terpacul keluar dr mulut kita..
" yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berkata ," Itu adalah dongeng orang-orang dahulu. Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka. " (At-Tatfif: 13-14)
Allah S.W.T. telah berpesan sejak dahulu lagi..bukan salah ISLAM- tapi org Islam yg tidak menghayati kalamullah..titik2 dosa telah jelas menutup hati golongan ini
wahai sahabat sekalian, Islam itu bukan rekaan manusia mahupun Nabi2 tapi Islam adalah jelas dari Allah S.W.T. ~ Islam itu agama yg mulia disisi Allah...
" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkatan syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu"
( Al-Baqarah: 208)
wahai kawan2 tidakkah kita sudah mengikrarkan janji untuk setia kepada Allah pada suatu ketika dahulu...Adakah kalian sudah lupa atau buat2 lupa...
Islam cukup cantik- tdk sekadar agama bahkan ad-din-lengkap-selengkapnya...
Allah S.W.T. boleh menjadikan umat manusia sebagai satu kaum sahaja yg semuanya beriman kepadaNYA- tetapi Allah cukup arif dengan sikap manusia yang tidak suka dipaksa...
Pilihan telah diberi & akal manusia harta yg cukup bernilai yg hak dan batil...
yang jahat dibalas jahat dn yg baik dibalas baik- Allah Maha Adil- pilihan telah diberi-tapi kita masih lalai dan sengaja terlupa...
Agama itu nasihat..tidak cukup sekadar membaca dan mendengar- ayuh sahabat sekalian gerakkan hatimu- cuba amalkan...sekiranya kita mula melangkah jgn lupa sahabat sehidup semati kita- ISLAM jom kita jalan sama-sama...eratkanlah pegangan tanganmu dengan 'insan' bernama ISLAM...