Thursday, April 26, 2012

Kerana Malaysia tanah airku,

Engkaulah Penguasa Hari Pembalasan        ( Al-Fatihah 4)

Kursi Allah meliputi langit dan bumi            (Al-Baqarah 255)

Katakanlah ya Allah pemilik kekuasaan kerajaan, Engkau memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang Engkau mahu. Di tangan Mu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja yang engkau kehendaki.                 ( 3: 26-27)

3 ayat di atas sudah menjelaskan kita tentang kekuasaan Allah yang terlalu besar dan melingkupi segalanya.

Ayat ini juga sebagai tazkirah atau peringatan kepada setiap kerajaan bahawasanya mereka itu hanyalah diwakilkan oleh Allah dan mereke wajib untuk menyusun perjalanan negara dan pentadbiran mengikut acuan Islam. Tidak boleh ada sama sekali unsur-unsur yang bertentangan kehendak Allah S.W.T.

Kerajaan hanyalah satu entiti yang ditubuhkan setelah sesuatu parti politik yang memenangi kerusi majoriti sesebuah pilihan raya di negara masing-masing.

Kerana mengambil tahu, hal yang berlaku di negara saya, saya mohon mencelah dan izinkanlah saya memberikan sedikit perkongsian.

Isu yang paling hangat pada hari ini mungkin ada kaitannya dengan BERSIH. Gabungan ini menuntut 8 tuntutan dalam menyediakan pilihan raya yang bersih di Malaysia. Pada pendapat saya, untuk mengelakkan berlakunya BERSIH senang sahaja.

Apa cadangannya mungkin ada wakil kerajaan yang membaca blog ini?...dub,dap
cadangannya ialah menerima dan merealisasikan semua lapan tuntutan BERSIH. Senang,mudah dan pantas. Tidak menyusahkan rakyat, kerajaan, agensi-agensi kerajaan, pihak pembangkang dan semuanya akan kembali aman. Kenapa mesti terima?

Kerana bagi saya setelah diteliti tuntutan BERSIH, semuanya bersih saya rasa = P. Dimudahkan dan dipendekkan cerita tuntutan itu tiadalah melampau dan dengan terlaksananya tuntutan itu Malaysia akan jadi lebih bersih dan pilihan raya dan tata kelola yang lebih adil dari sebelumnya. Sekiranya kerajaan Malaysia yang sekarang menjadi pihak pembangkang saya merasakan mereka juga akan menuntut benda yang sama dan saya akan menjadi orang yang kedua untuk menyokong usaha ini. Saya bercakap menggunakan kosa kata SEKIRANYA..-harap paham la ya

Sekiranya adik,abang2 dan kakak2 mengambil tahu,cakna dan peduli pasal urus tadbir negara kita ini (harap sangat), sudah terlampau dan terlalu banyak ketirisan yang berlaku dan rasuah berleluasa. Sekarang, isu yang mungkin paling hangat isu ramai pengundi hantu (hantu yang boleh mengundi) merencatkan suasana pilihan raya yang adil dan bersih di negara kita.

Saya hanya ingin mengajak mereka yang sentiasa mempertahankan dan fanatik dgn sesuatu kerajaan. Kita mestilah mengajak minda kita berfikir sekejap kajian MIMOS jelas menunjukkan pertambahan ketara yang begitu mendadak terutamanya pengundi hantu di sesetengah pos mengundi, marilah kita renung macam mana nasib negara kita, adakah kita rela nasib negara kita tercinta ini ditentukan oleh sekerat golongan PATI ini. Sekiranya anda menjawab anda rela,fikirkanlah macam mana pula nasib anak-cucu kita selepas ini.Saya menyeru pihak kerajaan dan SPR membersihkan senarai pengundi sebelum PRU diadakan dan 7 tuntutan yang lain dilaksanakan.
Dengan mengadakan provokasi, anda hanya memburukkan keadaan kerana perhimpunan BERSIH ini hanyalah duduk bantah. Tetapi berdasarkan keadaan yang berlaku sekarang, nampaknya semakin teruk. Anda telah berjaya memburukkan keadaannya

Adakah pihak pembangkang terlalu membeci kerajaan yang ada? Pada hemat saya, tidak ada satu rakyat pun yang rela memperjudikan negara sendiri. Kenapa kita semua tidak melihat dari perspektif atau sudut yang berbeza, apa yang Pakatan Rakyat canangkan selama ini hanyalah sebagai satu wadah atau cara untuk menyelamatkan negara kita dari diperjudikan dan kekayaan terus berlegar di kalangan bangsawan.

Cukuplah saudaraku,
Marilah kita renung sejenak,


Beberapa isu cuba saya sentuh, antaranya isu PTPTN dan beberpa tawaran yang dibuat bersama oleh Pakatan Rakyat. Saya tidak mahu membincangkan lanjut mengenai pendapat sesetangah kita yang mengatakan ini adalah untuk menggulakan rakyat. Saya lebih melihat isu ini sebagai apa yang boleh ditawarkan dan saya menanti dengan penuh minat apa pula di pihak sebelah sana. Yang jelas, semua tawaran itu adalah semuanya untuk kebajikan rakyat. Sekiranya, saya Perdana Menteri atau wakil-wakil dari Jemaah Menteri, saya tidak akan sesekali mengambil langkah untuk memperkecilkan usaha Pakatan Rakyat tetapi saya akan menggunakan peluang ini untuk berbincang dengan Pakatan Rakyat tentang langkah yang boleh dilakukan untuk memaksimakan semua bantuan diterima pada rakyat. Inilah baru kerajaan yang sporting dan Rakyat didahulukan. Usahlah kita menganggap cadangan ini semuanya sampah dan hanya akan bankrapkan Malaysia.

Saudaraku,
renungi dan telitilah,

Ya Syabab, jangalah kita menyokong apa jua bentuk kezaliman yang berlaku. Bangkitlah syabab kita mulakan di Malaysia, Negara Islam di luar sana menantikan kehadiran kita.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(A-li'Imraan 3:139)

“Kita adalah kaum bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam untuk mencapai kemuliaan kononnya, nescaya kita ditimpa hukuman menjadi kaum bangsa yang hina“.

Wahai adikku, abangku dan kakakku,

Kita semua ini rakyat Malaysia dan cinta akan tanah air. Usahlah kita memperjudikan nasib negara kita kepada pihak yang hanya tahu melakukan perkara yang dikeji oleh Allah dan bagi mereka itu sudah menjadi kebiasan. Fikirkanlah kita semua mengharapkan sebuah negara yang berkebajikan. Kerajaan tidak selamanya kekal dan akan pemimpin akan paling banyak disoal di hadapan Allah. Janganlah pula kita bersekongkol dengan segala kezaliman yang ada.

Tolonglah orang yang dizalimi dan jangan lupa hulurkan pertolongan anda juga pada orang yang MENZALIMI- buatlah teguran dan sekiranya mereka ini tidak berganjak-Ubahlah sebelum menjadi parah

~ Tiada ketaatan dalam perkara maksiat di sisi Allah
- Bagi mereka yang berhimpun untuk BERSIH, jagalah adab akhlak kita supaya tidak dimurkai Allah. Bagi
  pihak kerajaan yang ada Utamakanlah rakyat dalam kebajikan semata-mata untuk mendapat redha Allah 
  dan bagi Pakatan Rakyat ikhlaskan niat kerana Allah untuk berjuang.
  Bagi sesiapa yang mempunyai niat yang lain, anda peroleh apa yang anda mahu.

Semua yang kita lakukan biarlah kebanyakkan mencapai redha Allah. Kehidupan di dunia ini hanyalah sekejap sahaja- hanya cukup sekadar persinggahan


Baldatun Toyyibatun Wa Rabbul Ghaffur




Friday, April 20, 2012

Kembali menulis..insya Allah

Assalamu'alaikum, semua yang singgah sekejap di blog biasa-biasa aje ni.
Pada yang mengharapkan ilmu yang baru, bukan sayalah orang yang dicari, tetapi jika ingin merasai nikmat perkongsian insyaAllah saya tak sabar-sabar berkongsi = )

Sama-samalah kita berkongsi

Entri yang baru untuk tahun 2012.

Alhamdulillah, berada di bumi asing mengajar saya lebih banyak erti kehidupan
Saya berniat untuk menjadikan blog saya ini sebagai wadah untuk mengajak kawan2 lebih mencintai perjuangan menegakkan syiar Islam dgn meletakkan Allah dan Rasulullah s.a.w. sebagai rujukan tertinggi.

 Atas dasar Wa Zakkir dan Sampaikanlah daripada aku sepotong ayat-maka terpanggil juga utk berkongsi.
Dan tetapkanlah beri peringatan kerana peringatan sangat berguna pada orang-orang mukmin

Hidup ini satu persinggahan sahaja.
Kalau dah singgah tu, maksudnya bukan tempat kita
Jadi kena buatlah ikut kehendak tuan punya tempat
insya Allah saya ada dimaklumkan serba sedikit apa yang tuan tu nak, jadi saya nak bagitau la ni ya
Semoga kita semua mematuhi peraturan tuan punya tempat ini

Beristighfarlah = )

Monday, September 19, 2011

Marilah kita beralih arah- Biiznillah

Assalamu'alaikum, sahabat. Alhamdulillah dpt menulis lagi setelah agak lama berehat.
Sekadar pencerahan yang ringan pd kali ini.

Ingin saya berkongsi ' Marilah kita beralih arah ' dan saya akan menyentuh sedikit ttg kehebatan Islam dan pegangan akidah yang wajib bagi kita muslimin dan muslimat, inshaAllah moga dipermudahkan.

Sahabat sekalian, berpegang eratlah pd tali Allah iaitu agama Islam kerana kita perlu mencari tali yang cukup teguh,kukuh dan utuh utk menyeberang ke SANA. Tali ialah Sibghah Allah ataupun celupan Allah-Islam.

Sesiapa yg mencintai Allah, tidak dpt tidak perlu utk mengikuti apa yg dibawa Rasulullah s.a.w.
Arab Jahiliah mereka mengakui kewujudan Allah tetapi menolak dan mengeji akan kerasulan Baginda s.a.w.

Nabi mengajak kita beralih arah dari zaman kegelapan kpd zaman yg penuh dengan NUR (Cahaya). Ayuh sama2 kita menyusun langkah. Islam dibawa utk menyelamatkan manusia ini dari menyembah manusia yg lain kepada menyembah dan mentauhidkn Allah yg Esa.

Usahlah kita menuding jari, marilah selami jiwa kita ini, kita yakin Allah itu adalah Pencipta dan Pentadbir alam ini tetapi amat susah bila berhadapan dgn soal rezeki. Lumrahnya memang begitu. Kita seronok menggunakan kabel, mengharapkan kepada orang yang lain utk rezeki yang lebih.

Adakah mereka atau orang di sekeliling kita dapat memberi manfaat atau mudarat pd kita. Jawapan pasti tidak. Tetapi apa yang tidak kena dgn kita? Rezeki harus diyakini daripada Allah. Allah telah menulis takdir rezeki kita dan manusia ataupun orang di atas kita hanyalah asbab atau penulis/penyalin rezeki kita di atas sekeping kertas itu. Allah jualah yang wajib diimani dan mohonlah pd Allah.

saya pernah terbaca kisah seorang sahabat nabi bernama Rib'iy bin Amir r.a. yang dikehendaki berjumpa dengan panglima Parsi iaitu Rostum.

" Allah yang membangkitkan kami supaya menyelamatkan sesiapa yang mahu daripada
memperhambakan diri kepada manusia kepada memperhambakan diri kpd Tuhan yang
sebenar iaitu Allah, dan menyelamatkan manusia daripada bahaya kezaliman sgala macam
ajaran dan undang2 kpd keadilan Islam dan daripada wawasan dunia yang sempit kpd
wawasan yang lebih luas iaitu wawasan dunia dan akhirat "

Sedarlah kita, kita punya tanggungjawab yang amat besar utk menyelamatkan yang lain, sebarang tindakan kezaliman wajar diperbetulkan. Moga usaha ni dipermudahkan oleh Allah

~ ayuh kita bergerak mengorak langkah-memecah tembok batil mendirikan sebuah masjidul
Hak- Bila satu penduduk hidupnya diberkati Allah, rezeki akan keluar dari jalan yg tak
disangka dan keluarlah ia dari bumi dan langit. Hanya kerana Berkat-Mu ya Rabb

- Menuju Baldatun toyyibatun wa rabbun ghofur

Sunday, January 2, 2011

MATI RASA

Assalamu’alaikum w.b.t…

Alhamdulillah..puji-pujian dipanjatkn ke atas Nabi besar kita Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga serta sahabat baginda yang sentiasa berada di barisan depan dalam mempertaruhkan nyawa utk Rasulullah s.a.w.

Setelah sekian lama, sekali lagi terdetik hati utk berkongsi sedikit ilmu yg saya peroleh

dari majlis ilmu dari negeri tercinta saya Negeri Serambi Mekah; Kelantan Darul Naim..

Sesungguhnya berada dalam majlis ilmu itu seolah-olah berada dalam salah satu taman drpd taman2 syurga…Alhamdulillah..

Islam itu agama yg cukup indah dan cantik dari segi luaran hinggalah dalaman..Agama yg paling mulia di sisi Allah ialah Islam..kadang2 benda yg dikongsikan dalam majlis ilmu adalah ulangan tetapi inilah keindahan Islam, kita sesama saudara saling mengingati antara satu sama lain…dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu amat berguna untuk setiap mukmin…

Sedikit perkongsian drpd sy pada kali ini ialah mengenai ‘ Mati Rasa’…sebagai insan biasa kita sentiasa diingatkan tentang mati…setiap yg bernyawa pasti merasai mati dn sesungguhnya kita semua akan diadili oleh Allah S.W.T. pada hari Yaumul Deen (Hari Pembalasan ) kelak…inilah salah satu dari rukun iman yang wajib bagi setiap muslim imani…Sesungguhnya orang yg paling cerdik ialah orang yg sentiasa memikirkan kematian…

Kenapa??orang fikir mati bijak..tidakkah tanggapan ini seolah2 mengatakan Islam itu jumud dan tidak menggalakkan pembangunan ke atas umatnya..

Berbalik kepada mati rasa…antara penyakit yg paling bahaya…kenapa? Inilah penyakit yg pesakitnya kurang menyedari yg ia menghidapi penyakit tersebut...

Ingin saya beritahu dn kongsikan macam mana caranya utk mengenal pasti sama ada kita menghidap penyakit ‘ Mati Rasa’ ...cuba sahabat2 rujuk2 surah An-Anfal: 2-4

“ Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannyadan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal, iaitu orang2 yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang2 yang benar2 beriman. Mereka akan memperoleh darjat tinggi di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki nikmat yang mulia..”

Mcm mana dengan sahabat sekalian..apa kata hati kita...adakah terdetik atau terasa..inilah ayat yang boleh mendiagnosekn diri kita sama ada kita punya penyakit berbahaya ini ataupun tidak...

Al-Marhum Dr. Fathi Yakan pernah mengingatkan kita semua dengan Sampan Penyelamat..dn Islam adalah sampannya...maka ayuhlah sama2 kita berkongsi sampan yang sama..

Sebagai hamba yang senantiasa mujahadah mengikut segala perintahNya,kita perlulah berpegang pada Al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai ikutan yang wajib bagi kita..

Analoginya cukup mudah...sebelum seseorang pergi haji, dia pasti perlu mengikuti Kursus Haji drpd Tabung Haji...begitu juga dgn Ajaran Islam..kursusnya telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dn kita perlulah bermujahadah mengikut sunnahNya..kerana melalui apa yg disampaikan akan mencerminkan keadaan yang sebenar pada Hari Kebangkitan kelak..semua ajaran Baginda akan diguna pakai oleh kita utk mempersiapkan diri kita..

Al-Marhum Hassan al-Basri pernah mengatakan, “ Orang2 dahulu menganggap Al-Qur’an itu surat kiriman rasmi daripada Allah, mereka mentadabbur pada waktu malam dan melaksanakan pada siang harinya” dn diceritakan daripada seorang ustaz lagi..yang perlu bagi kita ialah menjadi abid pada malamnya dan panglima pada siang harinya...

Seperti mana kita takut dengan surat amaran dari pihak makhamah..selayaknya kita meletakkan rasa gerun dan takut teramat akan surat daripada Allah dan telah dizahirkan oleh Rasulullah s.a.w...sebagai seorang MUSLIM kita wajib beriman kpd Allah dan Rasul...dan Rasulullah seperti yang kita tahu telah digelar al-Amin dan amaran Allah perlu diambil serius oleh kita semua...INGAT....janji Allah dan Rasul adalah KEPASTIAN dan tiada penafian...

Kita sering bercakap berkaitan ibu,ayah,adik-beradik dan saudara yang paling rapat dengan kita...bila nama Ibu dan Ayah disebut..kita mula tertunduk dan merendah diri dan ikut segala kata2 mereka...Bagus ini sikap yg patut dipuji...Alhamdulillah...

Kita ada kena mengena dengan perempuan itu...ya...dia ibu kita...TETAPI...apa kaitannya ALLAH dengan KITA...jawapan standard hamba, ustaz! Ustaz mula melontarkan satu soalan lagi bagi menjawab persoalan sebelum itu...Benda apa dalam dunia ini yang kita buat tak ada kaitan dengan Allah...tertunduk...mula berfikir...aah...payahnya..Islam itu ad-deen...ya pasti..tak ada...muktamad...jadi kaitan Allah dengan kita adalah 100% berbeza dengan saudara mara kita kerana tidak semua benda dalam dunia ini ada kaitan dengan mereka...

Tapi mengapa sahabat sekalian..kita hanya memberikan 4-5% kepada Allah...perkara si isteri paling bimbang ialah poligami dan benda yang dibimbangi suami ialah isterinya menduakannya...jadi Allah lebih layak utk mempunyai rasa cemburu..kerana DIAlah yang telah menyediakan semua nikmat di muka bumi ini...tetapi kitalah yang berlaku zalim kepada Allah...

Kalimah Tauhid Lailahaillallah..sangat mahal balasannya..lebih besar nilainya dari seisi langit dan bumi..Subhanallah..kalimah tauhid ini perlu difahami dengan sepenuh hati oleh kita semua...Tiada Illah melainkan berpusatkan Allah semata-mata..Illah kebiasaannya kita menyebut sebagai berhala..tapi pernah tak kita terfikir kenapa berhala yang digunakan sedangkan berhala sudah tidak disembah oleh umat Islam pada zaman sekarang...perkara inilah yang perlu diteliti...jawapan ustaz..ialah penggunaan perkataan berhala ialah ber dipisahkan drpd perkataan asal berhala..maka wujudlah ‘ber’ dan ‘hala’...maknanya perhatian dan pengabdian diri kita bertumpukan kpd sesuatu benda yang lain selain Allah...owh...begitu rupanya...inilah dikhuatiri syirik..iaitu menduakan Allah..perbahasan para ulama telah mengkategorikan berhala itu kepada dua iaitu berhala yang ada lembaga iaitu orang perseorangan-kita sering memujanya dan berhala yg tidak punya lembaga iaitu kekayaan di dunia...inilah berhala pada zaman ini...sebab itulah kita perlu sedar bahaya akan pemujaan pada sesuatu benda atau orang perseorangan...

Mini syirik dan syirik nasional perlu segera dijauhi kerana dosa syirik jelas tidak diampunkan Allah S.W.T....Kita perlu memberikan segala hak2 Allah yang sepatutnya...

Allah yang telah mengadakan daripada tak ada kepada ada...analoginya..

5, adanya 5 mesti wujudnya 4, dan ada 4 kerana 3, 3 kerana adanya 2, 2 kerana 1..tapi adanya satu kerana....bukan kosong tapi satu itu sudah sedia wujud...kerana kosong bermakna tiada..dan logiknya cukup mudah macam mana benda yang tak ada nak mengadakan benda yang ada iaitu 1..secara teorinya 1 itu sudah sedia wujud bertepatan dengan sifat Allah iaitu Qadim...

Ada 2 orang kawan..si A lebih kaya daripada si B, pada suatu hari...si B datang ke rumah si A, Si B masuk ke halaman rumah si A dan terus terpegun dan terkesima dengan kecantikan dan susun atur perhiasan di rumah si A...si A terus terduduk tanpa disapa oleh si B yang asyik memuji perhiasan rumah si A...si A merasa hairan dengan sikap si B kerana si A merasakan dia yang sepatutnya diberi perhatian kerana dialah empunya kepada semua harta itu...inilah logik akal...kita sentiasa memuja dan memuji benda dan individu disekeliling kita tetapi kita sangat alpa dalam menilai siapa Pencipta kepada semua kejadian ini...MashaAllah..jauhkanlah kami daripada sikap alpa dan lalai ini...ya Alim ya Hakim...

Inilah lumrah manusia sentiasa disibukkan dengan duniawi hingga kabur akan ukhrawi..

Sifat Hakim Allah yang membawa makna Maha Bijaksana perlulah dimiliki oleh semua hambanya yang muslim...kita perlu menjadi BIJAKSANA..BIJAK sampai sana..iaitu berfikir dan mempunyai perancangan hinggalah kita dihisab dan diberikan ganjaran syurga Firdaus..BIJAKSINI..bermakna kita kurang cerdik dalam berfikir dan menilai kerana kita hanya bijak di sini iaitu di dunia tetapi belum tentu di Hari Akhirat kelak...belajarlah kita menjadi orang yang BIJAKSANA...jooooom...

Jaga2 hati kita daripada menghidap penyakit MATI RASA kerana penyakit ini membuatkan kita alpa dan lupa akan dari mana kita datang, tujuan kita datang dan mana penamat kita...

Ya Allah Ya Rahman ya Rahim ya Alim Ya Hakim...lindungilah kami dari sikap alpa,lalai dan lupa akan kebesaran dan keagunganMu ya Rabb Tuhan Pemerintah sekalian alam....

* Perkongsian ilmu daripada majlis ilmu Ustaz Mohammad bin Mustafa dan Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan seorang lagi ustaz...

- ini adalah adunan kuliah daripada tiga ustaz yg sy rasa bertemakan maqasid yang sama

- sekadar perkongsian dari diri yang sentiasa dahagakan ilmu...

Friday, October 15, 2010

dua pilihan..keliru-suka tapi perlu ke?

Maha Suci Allah S.W.T. yg telah memperjalankan alam ini mengikut aturanNya dn selawat dn salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dn ahli keluarga dn sahabat baginda..

lumrah hidup..setiap benda di dunia..pasti perlu ada keputusannya..sblm adanya keputusan perlu trlebih dahulu memilih yg mana yg terbaik mengikut norma akal fikiran kita..

Kita sbgai muslim-hamba yg masih lemah..sentiasa mengharapkan yg terbaik dn kberkatan dlm keputusan yg dibuat..

...tetapi boleh jadi kamu tidak menyengi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ( Al- Baqarah : 216)

Firman Allah S.W.T. di atas jelas menunjukkan kita masih lemah dlm membuat keputusan..

ok...mari kita berkongsi satu peringatan..
antara suka dan perlu..

Jika saya diberi wang utk membeli sesuatu dn wang itu hanya cukup2 utk membeli brg tersebut, mana mungkin sy membelanjakan wang tersebut pada benda yg x sepatutnya...
secara mudahnya sy akan mendahulukan benda yg perlu dibeli berbanding benda yg sy suka sgt utk dibeli..inilah logik akal manusia...secara lumrahnya inilah hasil didikan akal fikiran yg waras..

sedar ataupun tidak...sbgai seorang hamba yg bergelar Muslim, hidup kita tidak sunyi drpd peri pentingnya membuat pilihan..

Anologinya...kita tidur malam..dn perlu bangun solat Subuh awal waktunya ( dhuha berqunut tdk diambil kira--subuh gajah)...yg mana kita dahulukan..bagi yg mereka benar2 bermujahadah..menghadap Allah adalah pilihannya..tapi ada antara kita yg masih meneruskn tidur...uhh..seronoknya tidur ni...jgn ganggu...

cuba kita berfikir sejenak..adakah kita menggunakan formula yg sama dlm solat iaitu dahulukn yg perlu berbanding yg suka???..adakah kita sendiri pd masa tersebut menggunakn fikiran yg waras atau jgn katakan kita x waras..? anda mengaku anda tdk waras(bunyi mcm kasar la ya) tepuk dada pukul kepalatampar pipi tanyalah iman,akal fikiran dn akidah kita..adakh kita Islam hnya pada nama..jom alihkan fikiran anda drpd membaca post ni..cuba fikirkan sejenak..
ehh...kejap ada lg...

alihkan pandangan anda kembali ke post ni...xabis lagi..
nak atau x..kita harus akui Islam itu ad-din melingkupi semua aspek kehidupan..scr mudahnya kita tdk pernah terkecuali dlm mendahulukn yg perlu berbanding apa yg kita suka..

ada keadaan..kita akn mengatakan...this is my right and it is not your right to question mine..
yes..it's true but remember it depends to the situation itself..

apabila hak kita bertemu dgn hak Allah dn Rasul...adalh menjadi kewajipan dn kemestian bagi kita melupakn hak kita dn mengejar hak Allah dn Rasul..ingat sahabatku..apa yg Allah mahu..itulah makanan dan minuman badan yg lahir fitrah kejadian Allah..
do say..its my Allah and my Prophet's right, you are no one to question it...
huih...ni betul jihad hati..ni..inshaAllah..didiklah hati kita seawal yg mungkin sblum menjadi keras dn hitam..

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia bukan dr golonganku (umatku)

dengarlah jawapan ini..

" Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman apabila mereka diseru kepada Allah dn RasulNya agar menghukum di antara mereka, ucapan mereka ialah : Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yg beruntung ( An- Nur :51)

wahai sahabat sekalian, jomlah kita sama bermuhasabah dn mujahadah utk meningkatkn amal dn takwa kita..

Alangkah indahnya org beramal tapi tidak dpt mampu melihat Allah, sesungguhnya mereka ini beroleh keampunan yg sgt besar....-cuba tengok ayat ini dr Al-Mulk m/s 562 dlm al-Qur'an kat bawah..rajin2lah membelek dn memahami kalamullah..sama2 kita..

sebagaimana kita merancang utk masa depan anak2 dn cucu kita..cubalah luaskan pandangan kita terus sampai ke akhirat...rajin2lh anda cuba menyingkap tirai akhirat dr rumah dunia yg fana ni..

its not between you and me..but its Allah and Rasul's right..pimpinlah kami ke jalan yang lurus..Ameen

Saturday, July 3, 2010

Peringatan bersama..

Assalamu'alaikum, sahabat sekalian yg masih punya cinta akan Allah S.W.T. dan Rasulullah s.a.w.

~ Alhamdulillah dpt lagi ana berkongsi ilmu- didiklah diri kita ini mencintai dan rindu utk berada dalam majlis zikrullah

dosa vs pahala- neraka vs syurga... apalah ustaz2 skrg ni...bila buka mulut mulalah nak cakap dosa,pahala,neraka, syurga... benda ni xada la skrg ni-mana org nak percaya...mcm mana jgn harap ISLAM tu nak maju...sbb tu la ISLAM ketinggalan...

Astaghfirullah...mungkin ada yg dah biasa dengar dan belum lg..tapi percayalah di luar sana ada golongan ini..

Wahai saudara seagama--ISLAMlah orang ISLAM!!! inilah akibatnya ilmu xcukup tapi dah terasa besar nak melawan ahli agama..-berhati-hatilah apa yg terpacul keluar dr mulut kita..

" yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berkata ," Itu adalah dongeng orang-orang dahulu. Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka. " (At-Tatfif: 13-14)

Allah S.W.T. telah berpesan sejak dahulu lagi..bukan salah ISLAM- tapi org Islam yg tidak menghayati kalamullah..titik2 dosa telah jelas menutup hati golongan ini

wahai sahabat sekalian, Islam itu bukan rekaan manusia mahupun Nabi2 tapi Islam adalah jelas dari Allah S.W.T. ~ Islam itu agama yg mulia disisi Allah...

" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkatan syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu"
( Al-Baqarah: 208)

wahai kawan2 tidakkah kita sudah mengikrarkan janji untuk setia kepada Allah pada suatu ketika dahulu...Adakah kalian sudah lupa atau buat2 lupa...

Islam cukup cantik- tdk sekadar agama bahkan ad-din-lengkap-selengkapnya...

Allah S.W.T. boleh menjadikan umat manusia sebagai satu kaum sahaja yg semuanya beriman kepadaNYA- tetapi Allah cukup arif dengan sikap manusia yang tidak suka dipaksa...

Pilihan telah diberi & akal manusia harta yg cukup bernilai yg hak dan batil...
yang jahat dibalas jahat dn yg baik dibalas baik- Allah Maha Adil- pilihan telah diberi-tapi kita masih lalai dan sengaja terlupa...

Agama itu nasihat..tidak cukup sekadar membaca dan mendengar- ayuh sahabat sekalian gerakkan hatimu- cuba amalkan...sekiranya kita mula melangkah jgn lupa sahabat sehidup semati kita- ISLAM jom kita jalan sama-sama...eratkanlah pegangan tanganmu dengan 'insan' bernama ISLAM...


Friday, April 2, 2010

Alhamdulillah

SYUKUR...dimulakan kalimah suci- Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang

hari ni kembali ana mengagahkn diri sebagai insan yg baru dr segi kematangan hdknya tapi masih lemah dan kerdil ddpnNya...

tiba pulak rasa sayu,sedih dn bersyukur-krn Allah masih mmberi peluang utk mencari sbnyk pahala yg boleh..umur yg meningkat maknanya smakin dkt dgn tarikh kematian

Apa ni ckp pasal mati?hari yg patut dclebrate- apa lg yg dharapkan- ana x punya masa-eh..silap kita xpunya bnyk masa,,, kematian tdk akn dlewatkn atau dawalkn-ia tepat pd masanya...nilah hikmah tarikhnya drahsiakn supaya kita sntiasa aware what need to do...

Session emosi...he..he
Alhamdulillah-syukur kpd Allah masih bg free semua nkmatnya (kalau x pnt ana nk mmbyar bilnya)...tkasih abah & mama atas segala-galanya dan adik-beradik dn saudara semuslim yg lain

mnadah hidayah drpdnya..
layakkah aku menitip segala nkmatnya
Alhamdulillah..Dia memberi..aku?
redha dn qanaah..
abah dn mama...kaulah sgalanya..
biar org mngatakn aku ni manja..
tdk kuhirau..krn satu aku yakin
janji Allah..redha Allah terletak atas redhamu berdua..
jasad terbentuk-lahir krnmu..
bangga dgn status sbgai anakmu...
slagi nyawa dhalkum-aku cuba,,,
InI kah MANJA?-tdk aku menafi..
aku mahu mndahulukn mereka berdua..
selps Allah dn Rasul...
aku xmalu..bkn!bkn! ini bkn malu..
Inilah kesyumulan ISLAM...
aku masih belajar mencedok semuanya..
bertatih...doktor bergelar MUKMIN..doa

Jazakallah kpd semua..mohon maaf atas segala..recently i need to be frank...
Islam hanya menganjurkan kebaikan...yg salah ttp salah- i'm not perfect do correct me,please..
its my right to correct what its wrong- makin tua- compliance kena increase...jgn meletakkan kitalh yg betul dlm semua hal...terima dn tapis trlebih dahulu...

Islam is not just theory but comes in a set with practicals- is AD-DIN.
moga bersua lg....Assalamu'alaikum