Monday, September 19, 2011
Marilah kita beralih arah- Biiznillah
Sekadar pencerahan yang ringan pd kali ini.
Ingin saya berkongsi ' Marilah kita beralih arah ' dan saya akan menyentuh sedikit ttg kehebatan Islam dan pegangan akidah yang wajib bagi kita muslimin dan muslimat, inshaAllah moga dipermudahkan.
Sahabat sekalian, berpegang eratlah pd tali Allah iaitu agama Islam kerana kita perlu mencari tali yang cukup teguh,kukuh dan utuh utk menyeberang ke SANA. Tali ialah Sibghah Allah ataupun celupan Allah-Islam.
Sesiapa yg mencintai Allah, tidak dpt tidak perlu utk mengikuti apa yg dibawa Rasulullah s.a.w.
Arab Jahiliah mereka mengakui kewujudan Allah tetapi menolak dan mengeji akan kerasulan Baginda s.a.w.
Nabi mengajak kita beralih arah dari zaman kegelapan kpd zaman yg penuh dengan NUR (Cahaya). Ayuh sama2 kita menyusun langkah. Islam dibawa utk menyelamatkan manusia ini dari menyembah manusia yg lain kepada menyembah dan mentauhidkn Allah yg Esa.
Usahlah kita menuding jari, marilah selami jiwa kita ini, kita yakin Allah itu adalah Pencipta dan Pentadbir alam ini tetapi amat susah bila berhadapan dgn soal rezeki. Lumrahnya memang begitu. Kita seronok menggunakan kabel, mengharapkan kepada orang yang lain utk rezeki yang lebih.
Adakah mereka atau orang di sekeliling kita dapat memberi manfaat atau mudarat pd kita. Jawapan pasti tidak. Tetapi apa yang tidak kena dgn kita? Rezeki harus diyakini daripada Allah. Allah telah menulis takdir rezeki kita dan manusia ataupun orang di atas kita hanyalah asbab atau penulis/penyalin rezeki kita di atas sekeping kertas itu. Allah jualah yang wajib diimani dan mohonlah pd Allah.
saya pernah terbaca kisah seorang sahabat nabi bernama Rib'iy bin Amir r.a. yang dikehendaki berjumpa dengan panglima Parsi iaitu Rostum.
" Allah yang membangkitkan kami supaya menyelamatkan sesiapa yang mahu daripada
memperhambakan diri kepada manusia kepada memperhambakan diri kpd Tuhan yang
sebenar iaitu Allah, dan menyelamatkan manusia daripada bahaya kezaliman sgala macam
ajaran dan undang2 kpd keadilan Islam dan daripada wawasan dunia yang sempit kpd
wawasan yang lebih luas iaitu wawasan dunia dan akhirat "
Sedarlah kita, kita punya tanggungjawab yang amat besar utk menyelamatkan yang lain, sebarang tindakan kezaliman wajar diperbetulkan. Moga usaha ni dipermudahkan oleh Allah
~ ayuh kita bergerak mengorak langkah-memecah tembok batil mendirikan sebuah masjidul
Hak- Bila satu penduduk hidupnya diberkati Allah, rezeki akan keluar dari jalan yg tak
disangka dan keluarlah ia dari bumi dan langit. Hanya kerana Berkat-Mu ya Rabb
- Menuju Baldatun toyyibatun wa rabbun ghofur
Sunday, January 2, 2011
MATI RASA
Assalamu’alaikum w.b.t…
dari majlis ilmu dari negeri tercinta saya Negeri Serambi Mekah; Kelantan Darul Naim..
Sesungguhnya berada dalam majlis ilmu itu seolah-olah berada dalam salah satu taman drpd taman2 syurga…Alhamdulillah..
“ Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannyadan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal, iaitu orang2 yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang2 yang benar2 beriman. Mereka akan memperoleh darjat tinggi di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki nikmat yang mulia..”
Kita ada kena mengena dengan perempuan itu...ya...dia ibu kita...TETAPI...apa kaitannya ALLAH dengan KITA...jawapan standard hamba, ustaz! Ustaz mula melontarkan satu soalan lagi bagi menjawab persoalan sebelum itu...Benda apa dalam dunia ini yang kita buat tak ada kaitan dengan Allah...tertunduk...mula berfikir...aah...payahnya..Islam itu ad-deen...ya pasti..tak ada...muktamad...jadi kaitan Allah dengan kita adalah 100% berbeza dengan saudara mara kita kerana tidak semua benda dalam dunia ini ada kaitan dengan mereka...
Allah yang telah mengadakan daripada tak ada kepada ada...analoginya..
Ada 2 orang kawan..si A lebih kaya daripada si B, pada suatu hari...si B datang ke rumah si A, Si B masuk ke halaman rumah si A dan terus terpegun dan terkesima dengan kecantikan dan susun atur perhiasan di rumah si A...si A terus terduduk tanpa disapa oleh si B yang asyik memuji perhiasan rumah si A...si A merasa hairan dengan sikap si B kerana si A merasakan dia yang sepatutnya diberi perhatian kerana dialah empunya kepada semua harta itu...inilah logik akal...kita sentiasa memuja dan memuji benda dan individu disekeliling kita tetapi kita sangat alpa dalam menilai siapa Pencipta kepada semua kejadian ini...MashaAllah..jauhkanlah kami daripada sikap alpa dan lalai ini...ya Alim ya Hakim...
Sifat Hakim Allah yang membawa makna Maha Bijaksana perlulah dimiliki oleh semua hambanya yang muslim...kita perlu menjadi BIJAKSANA..BIJAK sampai sana..iaitu berfikir dan mempunyai perancangan hinggalah kita dihisab dan diberikan ganjaran syurga Firdaus..BIJAKSINI..bermakna kita kurang cerdik dalam berfikir dan menilai kerana kita hanya bijak di sini iaitu di dunia tetapi belum tentu di Hari Akhirat kelak...belajarlah kita menjadi orang yang BIJAKSANA...jooooom...
- ini adalah adunan kuliah daripada tiga ustaz yg sy rasa bertemakan maqasid yang sama
- sekadar perkongsian dari diri yang sentiasa dahagakan ilmu...