Monday, September 19, 2011

Marilah kita beralih arah- Biiznillah

Assalamu'alaikum, sahabat. Alhamdulillah dpt menulis lagi setelah agak lama berehat.
Sekadar pencerahan yang ringan pd kali ini.

Ingin saya berkongsi ' Marilah kita beralih arah ' dan saya akan menyentuh sedikit ttg kehebatan Islam dan pegangan akidah yang wajib bagi kita muslimin dan muslimat, inshaAllah moga dipermudahkan.

Sahabat sekalian, berpegang eratlah pd tali Allah iaitu agama Islam kerana kita perlu mencari tali yang cukup teguh,kukuh dan utuh utk menyeberang ke SANA. Tali ialah Sibghah Allah ataupun celupan Allah-Islam.

Sesiapa yg mencintai Allah, tidak dpt tidak perlu utk mengikuti apa yg dibawa Rasulullah s.a.w.
Arab Jahiliah mereka mengakui kewujudan Allah tetapi menolak dan mengeji akan kerasulan Baginda s.a.w.

Nabi mengajak kita beralih arah dari zaman kegelapan kpd zaman yg penuh dengan NUR (Cahaya). Ayuh sama2 kita menyusun langkah. Islam dibawa utk menyelamatkan manusia ini dari menyembah manusia yg lain kepada menyembah dan mentauhidkn Allah yg Esa.

Usahlah kita menuding jari, marilah selami jiwa kita ini, kita yakin Allah itu adalah Pencipta dan Pentadbir alam ini tetapi amat susah bila berhadapan dgn soal rezeki. Lumrahnya memang begitu. Kita seronok menggunakan kabel, mengharapkan kepada orang yang lain utk rezeki yang lebih.

Adakah mereka atau orang di sekeliling kita dapat memberi manfaat atau mudarat pd kita. Jawapan pasti tidak. Tetapi apa yang tidak kena dgn kita? Rezeki harus diyakini daripada Allah. Allah telah menulis takdir rezeki kita dan manusia ataupun orang di atas kita hanyalah asbab atau penulis/penyalin rezeki kita di atas sekeping kertas itu. Allah jualah yang wajib diimani dan mohonlah pd Allah.

saya pernah terbaca kisah seorang sahabat nabi bernama Rib'iy bin Amir r.a. yang dikehendaki berjumpa dengan panglima Parsi iaitu Rostum.

" Allah yang membangkitkan kami supaya menyelamatkan sesiapa yang mahu daripada
memperhambakan diri kepada manusia kepada memperhambakan diri kpd Tuhan yang
sebenar iaitu Allah, dan menyelamatkan manusia daripada bahaya kezaliman sgala macam
ajaran dan undang2 kpd keadilan Islam dan daripada wawasan dunia yang sempit kpd
wawasan yang lebih luas iaitu wawasan dunia dan akhirat "

Sedarlah kita, kita punya tanggungjawab yang amat besar utk menyelamatkan yang lain, sebarang tindakan kezaliman wajar diperbetulkan. Moga usaha ni dipermudahkan oleh Allah

~ ayuh kita bergerak mengorak langkah-memecah tembok batil mendirikan sebuah masjidul
Hak- Bila satu penduduk hidupnya diberkati Allah, rezeki akan keluar dari jalan yg tak
disangka dan keluarlah ia dari bumi dan langit. Hanya kerana Berkat-Mu ya Rabb

- Menuju Baldatun toyyibatun wa rabbun ghofur

No comments:

Post a Comment